<![CDATA[AKADEMI JAWI MALAYSIA - Terkini]]>Tue, 28 Aug 2018 14:05:27 +0800Weebly<![CDATA[HEBAHAN MEDIA KAFILAH BUKU]]>Tue, 10 Jul 2018 04:14:21 GMThttp://akademijawi.my/terkini/hebahan-media-kafilah-bukuSemenjak tahun 2016, Kafilah Buku telah menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), hinggalah kini. Dari tahun ke tahun, kami mendapati qadar pengunjung serta jualan PBAKL kian merosot.

Bahkan, dalam iklim perbukuan kini, dilihat kategori buku ‘ilmiyyah dan serius kurang mendapat tumpuan pelanggan. Malah ia seolah disudutkan dari perbicaraan, kerana dunia perbukuan lebih menumpu pada buku popular dan umum.

Menjadi lebih malang apabila mutu penerbitan, pemasaran dan pengedaran buku ‘ilmiyyah tanah air masih lagi belum betul bersungguh meyaqinkan pelanggan.
Sudah ma‘lum diketahui bahawa buku ‘ilmiyyah dan serius mempunyai peranan yang besar dalam membentuk ‘aqal budi serta pemikiran masharakat. Adapun buku ‘ilmiyyah itu kenderaan berkesan untuk menggerakkan budaya membaca dan belajar yang lebih terpandu dan berma‘na.

Berpunca daripada permasalahan ini, Kafilah Buku yang terdiri daripada sharikat Akademi Jawi Malaysia - Klasika Media, Pelita Dhihin, Taman Pustaka, Rihla Bookstore dan Tukang Buku telah berkumpul dan berbincang secara mendalam serta menyusun rencana penyelesaiannya.

Justeru kami telah membina pakatan utuh serta ekosistem mikro perbukuan yang cekap bercita-cita untuk menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 dengan hidangan judul-judul terbaik untuk sajian pembaca yang benar-benar menghargai apa yang dinamakan "buku" itu.

Shahadan, KAFILAH BUKU telah menyusun kegiatan-kegiatan perbukuan ‘ilmiyyah sehinggalah tarikh kemuncak Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 nanti.
Nantikan acara-acara perbukuan ‘ilmiyyah KAFILAH BUKU yang akan kami hebahkan dari masa ke masa.

Sekian

MUHAMMAD SYUKRI ROSLI
Pengerusi Kafilah Buku
]]>