AKADEMI JAWI MALAYSIA
  • Utama
  • Maklumat Jawi
    • Terkini
    • Cerita Jawi
  • Koleksi Jawi
    • Koleksi Rumah Tangga Jawi
    • Koleksi Perubatan Jawi
    • Koleksi Teras Jawi
  • Acara
    • Pelatihan
    • Acara Buku
    • Pensijilan
  • Tentang Kami
    • Sejarah Akademi Jawi
    • Maklumat Korporat
    • Arkib Media
  • Hubungi Kami

Terkini

Perkembangan Semasa Akademi Jawi Malaysia

HEBAHAN MEDIA KAFILAH BUKU

7/10/2018

0 Comments

 
Semenjak tahun 2016, Kafilah Buku telah menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), hinggalah kini. Dari tahun ke tahun, kami mendapati qadar pengunjung serta jualan PBAKL kian merosot.

Bahkan, dalam iklim perbukuan kini, dilihat kategori buku ‘ilmiyyah dan serius kurang mendapat tumpuan pelanggan. Malah ia seolah disudutkan dari perbicaraan, kerana dunia perbukuan lebih menumpu pada buku popular dan umum.

Menjadi lebih malang apabila mutu penerbitan, pemasaran dan pengedaran buku ‘ilmiyyah tanah air masih lagi belum betul bersungguh meyaqinkan pelanggan.
Sudah ma‘lum diketahui bahawa buku ‘ilmiyyah dan serius mempunyai peranan yang besar dalam membentuk ‘aqal budi serta pemikiran masharakat. Adapun buku ‘ilmiyyah itu kenderaan berkesan untuk menggerakkan budaya membaca dan belajar yang lebih terpandu dan berma‘na.

Berpunca daripada permasalahan ini, Kafilah Buku yang terdiri daripada sharikat Akademi Jawi Malaysia - Klasika Media, Pelita Dhihin, Taman Pustaka, Rihla Bookstore dan Tukang Buku telah berkumpul dan berbincang secara mendalam serta menyusun rencana penyelesaiannya.

Justeru kami telah membina pakatan utuh serta ekosistem mikro perbukuan yang cekap bercita-cita untuk menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 dengan hidangan judul-judul terbaik untuk sajian pembaca yang benar-benar menghargai apa yang dinamakan "buku" itu.

Shahadan, KAFILAH BUKU telah menyusun kegiatan-kegiatan perbukuan ‘ilmiyyah sehinggalah tarikh kemuncak Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 nanti.
Nantikan acara-acara perbukuan ‘ilmiyyah KAFILAH BUKU yang akan kami hebahkan dari masa ke masa.

Sekian

MUHAMMAD SYUKRI ROSLI
Pengerusi Kafilah Buku
0 Comments

    Ikuti Kami

    Kegiatan semasa Akademi Jawi Malaysia

    Arkib

    July 2018

    Kategori

    All

    RSS Feed

Site powered by Weebly. Managed by Exabytes.my - Malaysia
  • Utama
  • Maklumat Jawi
    • Terkini
    • Cerita Jawi
  • Koleksi Jawi
    • Koleksi Rumah Tangga Jawi
    • Koleksi Perubatan Jawi
    • Koleksi Teras Jawi
  • Acara
    • Pelatihan
    • Acara Buku
    • Pensijilan
  • Tentang Kami
    • Sejarah Akademi Jawi
    • Maklumat Korporat
    • Arkib Media
  • Hubungi Kami