top of page
IMG_1685.heic

Ma‘mal Jawi

Latihan Jawi

Pengalaman Kebudayaan Jawi

Masa Kini

Terokai Khazanah
Ke‘ilmuan di Ma‘mal Jawi

Di sebalik tulisan dan huruf-huruf Jawi, terkandung himpunan ‘ilmu yang pernah membangunkan peradaban bangsa Melayu-Islam. 

 

Selama kurang lebih 700 tahun pembudayaan Bahasa Jawi di rantau ini, ianya telah membentuk cara hidup, pemikiran dan identiti bangsa. 

 

Namun, kini, ramai yang sudah tidak dapat meletakkan peranan Jawi di dalam suasana moden yang serba rencam. Apatah lagi memahami isi kandungannya, kerana ramai yang sudah terasing jauh daripada tradisi Jawi. 

 

Shahdan, menyedari keadaan genting ini dan juga akan kepentingan menghidupkan Jawi, Ma‘mal Jawi bercita-cita untuk menyediakan ruang pembudayaan yang selamat untuk semua peringkat umur supaya dapat kita kenal-mengenali Jawi dengan lebih aqrab. 

 

Selamat Datang ke Ma‘mal Jawi!

سوات هاري ننتي، بهاس جاوي اكن سكالي لاݢي منجادي وصيلة كڤدكتيڠݢين ڤرأدابن بڠسا

“Suatu hari nanti, Bahasa Jawi akan sekali lagi menjadi wasilah kepada ketinggian peradaban bangsa.”

Tekad Usaha Ma‘mal Jawi

Mendidik
Budaya

Memperkenalkan Bahasa Jawi kepada masharakat.

Mengukuh
Ma‘na Diri

Memupuk kesedaran dan minat masharakat akan Bahasa Jawi.

Angkatan Baharu

Melatih insan yang fasih Jawi untuk kebaikan masharakat.

Bagaimana
anda boleh
terlibat dengan
Ma‘mal Jawi?

Sejarah Jawi

Promosi Pengenalan

Potongan harga 20% bagi
Tempahan Awal

Dari 14 Oktober hingga 31 Disember 2024

  • Bilakah waktu operasi Ma‘mal Jawi?
    Ma‘mal Jawi beroperasi mengikut tempahan. Sila semak ruang waqtu tempahan untuk mengetahui lebih lanjut.
  • Bagaimanakah untuk menempah program Ma‘mal Jawi?
    Tempahan boleh dibuat dengan mengisi borang tempahan seperti yang disediakan di atas. Tempahan juga adalah terhad kepada ruang waqtu yang sudah dijadualkan.
  • Bolehkah rombongan sekolah menyertai Ma‘mal Jawi?
    Kami mengalu-alukan kumpulan pelajar berumur 15 tahun dan ke atas untuk menyertai Belajar-Mengajar Jawi. Tekan pautan di atas untuk membuat tempahan.
  • Dengan siapakah saya berhubung jika ada perso’alan lanjut?
    Boleh berhubung dengan pengurus perhubungan kami, melalui nombor telefon: +60172713247, atau Whatsapp: wa.link/r9oxsu

Cara untuk ke Ma‘mal Jawi

Berkereta 

Cara yang paling mudah untuk ke Ma‘mal Jawi adalah dengan berkereta. 

Ruang parkir kenderaan tersedia dengan banyak di hadapan premis bangunan. 

Buat mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, kami menyarankan anda untuk mengambil perkhidmatan e-hailing. 

 

Bas 

Jika anda datang secara berkumpulan dan hadir dengan kenderaan bermuatan ramai seperti bas atau van, parkir tersedia turut digunakan tanpa bayaran. Tetapi, kenderaan besar seperti bas hendaklah diparkir mengikut pertimbangan keluar-masuk kenderaan lain. 

Kenderaan Awam 

1. Stesen keretapi terdekat adalah KTM Bangi dengan jarak 4.8 km. 

2. Bas awam dengan menyemak pautan ini: MyRapid Bus

 

Tempat Berhampiran 

KLIA1 : 35 km
KLIA2 : 33 km

Universiti Islam Selangor (UIS): 1.4 km 

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM): 14 km

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM): 14 km
 

Dengar Khabar Terbaharu Kami

Ma‘mal Jawi berbesar hati untuk bersama-sama membangunkan kumpulan fasih jawi.

Langgan emel kami untuk mengetahui khabar terbaharu dari kami.

Terima kasih!

bottom of page