top of page
Tinjauan Ringkas Peri ‘Ilmu dan Pandangan ‘Alam (Jawi)

Tinjauan Ringkas Peri ‘Ilmu dan Pandangan ‘Alam (Jawi)

SKU: 9789672422679

Keistimewaan Tinjauan Ringkas (Jawi).

  • Tinjauan Ringkas Peri ‘Ilmu dan Pandangan ‘Alam versi Jawi ini disalin sepenuhnya mengikut versi asal Ruminya, tanpa mengubah gaya bahasa asal pengarang iaitu Tan Sri Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas.

  • Penerbitan kali ini disuratkan sepenuhnya mengikut qa‘idah Jawi Tradisi Akademi Jawi Malaysia, yang sesungguhnya dapat menzahirkan dengan sempurna gaya bahasa pengarang. 

  • Kesemua 7 bab Tinjauan Ringkas Peri ‘Ilmu dan Pandangan ‘Alam ini dimuatkan dalam 20 baris penuh pada setiap halaman—seperti kebiasaan gaya penulisan manuskrip dan kitab-kitab Jawi.

  • Ia diserikan lagi dengan ragam hias Melayu, agar karya agung ini dapat dipersembahkan menuruti tradisi penghasilan naskhah tangan (manuskrip) Melayu-Jawi yang bergaluran ratusan tahun lamanya. Antara ragam hias yang terkandung dalam penerbitan ini ialah seperti: bunga bayam peraksi, bunga pecah empat dan bunga pecah tiga. 

  • Perkataan yang dicondongkan (italic)—yang menunjukkan penekanan (emphasis) atau istilah-istilah teknikal dalam terbitan asal Rumi—disuratkan dengan warna merah dalam terbitan baharu Jawi ini. Warna merah menjadi kebiasaan ‘umum yang dapat ditemukan dalam naskhah-naskhah tangan Jawi untuk menunjukkan penekanan atau permulaan wacana baharu.

  • Tinjauan Ringkas Peri ‘Ilmu dan Pandangan ‘Alam ini dijilid dengan kulit keras berwarna hitam dan dicetak dengan tinta emas. Judulnya, “تينجاوان ريڠكس ڤري علم دان ڤنداڠن عالم” disuratkan dengan khat Naskh, dan nama pengarangnya “السيد محمد النقيب العطاس” disuratkan dengan khat Nasta‘liq. Lukisan khat “بركة محمد” oleh pengarang menghiasi bahagian tengahnya. 

  • Pemilihan kertas berkrim menjadikan kandungan penerbitan ini selesa untuk dipegang, dan melegakan mata pembaca.

    RM55,00Harga
    Belum ada UlasanBagikan pemikiran Anda. Jadilah yang pertama untuk meninggalkan ulasan.

    Judul Berkaitan • جودُل بركاࢨتن

    bottom of page