top of page

سرنتوْ جاوي

Serantau Jawi

Pelancongan ‘Ilmu dan Budaya Jawi

Tentang Serantau Jawi •  تنتڠ سرنتوْ جاوي

Tradisi Ke‘ilmuan dan Kebudayaan Jawi ialah sebuah khazanah kebudayaan, kesenian dan warisan yang sangat istimewa di Malaysia.

 

Ia telah bertapak semenjak 700 tahun yang lampau dan telah memberi pengaruh yang sangat besar dan mendasar kepada sejarah, kebudayaan dan pembentukan identiti tanah air.

Sungguhpun telah ditetapkan Jawi sebagai sebuah khazanah warisan tanah air yang penting, belum terdapat usaha bersepadu yang jelas dan tepat untuk mengangkat dan memperkenalkan ke‘ilmuan dan kebudayaannya ke tengah masyarakat.

 

Apatah lagi untuk mengusahakannya sebagai produk kebudayaan unik Malaysia ke peringkat negara serantau yang turut berkongsi rumpunan tradisi ke‘ilmuan dan kebudayaan yang sama – seperti di Indonesia, Singapura, Brunei dan Selatan Thailand.

Akademi Jawi Malaysia ialah sebuah sharikat swasta yang bercita-cita untuk menjadi pusat ke‘ilmuan, kebudayaan dan persuratan Jawi yang dii‘tirafi di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

 

Sepanjang 12 tahun penubuhannya, Akademi Jawi Malaysia telah berpengalaman dalam menggerakkan kegiatan peringkat tanah air dan antarabangsa, baik dalam bentuk fizikal dan digital, berteraskan khazanah Ke‘ilmuan dan Kebudayaan Jawi ini.

Shahdan, kami telah menyusun program bersepadu bagi mera‘ikan ‘ilmu dan budaya dalam bentuk pelancongan ‘ilmu dan budaya (cultural edu-tourism) yang dinamakan Projek Serantau Jawi yang merangkumi kegiatan:

IMG_7337.jpeg

اچارا كعلموان دان كبوديأن
Acara Ke‘ilmuan & Kebudayaan

  • Kursus Pengenalan: Jawi Tradisi dan Ragam Hias
    Kursus Pengenalan: Jawi Tradisi dan Ragam Hias
    Jum, 14 Feb
    Kajang
    Belajar Kemahiran Meniru, Melakar, Melukis, Mewarna, Menekap Seni Jawi Tradisi bersama En Syamsul Anwar, pelukis tradisi berpengalaman dari Terengganu. Pelajari sentuhan sebenar tradisi seni Melayu yang menepati seni caragaya Melayu yang sejati.

ڤاميران تراديسي كعلموان جاوي
Pameran Tradisi Ke‘ilmuan Jawi

Tidak ada yang dapat dipesan saat ini. Periksa kembali nanti.
bottom of page