top of page
Writer's pictureAkademi Jawi Malaysia

Adat Penjajahan • عادة ڤنجاجهن

Updated: 27 Ogo

Apakah sifat penjajahan itu? 




Jika kita menilik persoalan ini, dapatlah kita renungkan, sanya penjajahan itu bukan sahaja pada zahirnya. 


Paling tidak, terdapat tiga jenis penjajahan yang dapat kita perhatikan. 


Mari kita teliti baris demi baris rangkap sha’ir di atas. 


عادة ڤنجاجهن لڤيس٢سن

Adat penjajahan lapis lapisan 

Bahawa sifat penjajahan itu jika diteliti, ada lapisan-lapisan utama yang boleh kita kenali.


ڤرتام كواس ڤونه هراڤن

Pertama kuasa punah harapan 

Penjajahan yang menggugat kekuasaan atau pertembungan kuasa adalah yang paling membinasakan secara zahirnya. Apabila berlaku penjajahan secara geografi, maka runtuhlah ikatan kemasyarakatan. Kerukunan tiada lagi dapat ditegakkan. Keadaan akan kacau bilau. Fasad yang berlaku bersifat zahir. 


دوا اقتصاد رانڤ ترببن

Dua iqtisad ranap terbeban

Walaupun kadangkala penjajahan tidak bersifat penindasan zahir, tetapi ia menyisip dengan pengaruh kuasa asing. Jika merebak, tiada lagi kemandirian merdeka dalam menguruskan hidup bagi sesuatu qawm; baik itu kebergantungan sumber, kepakaran, mahupun ‘ilmu.


Banyak sisi-sisi kelangsungan peradaban bangsa hanya terikat dengan telunjuk peradaban lain. 


Natijahnya, bangsa tersebut akan sentiasa menjadi pengikut, menunduk dengan kuasa luar.


آخرڽ روحاني سوكر كوْ كسن

Ketiga ruhani sukar kau kesan!

Sesungguhnya penjajahan ruhani atau fikiran adalah paling mendasar bagi kemerdekaan insan. Sebab keimanan adalah ruhani. Dengan pemikiran yang betul lagi jernih baharulah dapat memandu amal menegakkan keadilan.


Demikian juga, dalam mengenali masalah pemikiran bangsa atau untuk menangani jenis-jenis penjajahan lainnya, kemerdekaan rohani mestilah utama. Bahkan, pemimpin yang mengenali peri pentingnya kemerdekaan ruhani ini akan senantiasa waspada dan mengambil kira juga keselamatan ruhani ra‘yatnya. Baharulah nanti, kemerdekaan yang tercapai pada peringkat yang zahir itu menjadi lebih berma’na. 


Pun begitu, harus kita akui, memerdekakan ruhani daripada penjajahan fikiran, amat sukar untuk dilaksanakan.


58 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page