top of page

Cantiknya Jawi! • چنتيقڽ جاوي

Writer's picture: محمد شكري روسليمحمد شكري روسلي

Updated: 27 Ogo 2024

Gambar: Peta Semenanjung Tanah Melayu dalam Jawi, terbitan Akademi Jawi Malaysia


Di khemah jualan Akademi Jawi Malaysia di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 lepas, saya sempat bertemu dengan tuan Fauzi Azman dari Singapura - berbincang panjang mengenai falsafah seni Jawi, yang hasil perbincangan wajar dicatatkan.


Pada hemat saya, seni yang indah ialah pintu utama untuk menarik perhatian anak muda untuk kembali meminati tradisi ke’ilmuan bangsa yang sangat berharga.


Namun, apakah falsafah seni Jawi ini?


Saya masih ingat pertemuan dengan Ustadh Ezri Tarqany dan Encik Syamsul Anwar yang menegaskan bahawa seni Jawi, ialah perkembangan daripada seni Islam.


Perkara asas dalam seni Islam ialah gerak daya tajrid (abstraction process) sesuatu yang tampak kepada sesuatu lambang. Dalam seni Islam, amat jarang sesuatu itu digambarkan sepertimana bentuk zahirnya, tetapi digubah supaya hanya menunjukkan gambaran sejagat sesuatu itu (istilahnya universal image, betulkan saya kalau salah).


Dalam perkembangan tradisi ke’ilmuan Jawi, kami dapat saksikan perkembangan seni yang menjadi hiasannya - yang saya letakkan dalam 3 bagai, iaitulah:


  1. Seni asli Jawi, yang dirupakan pada manuskrip Jawi. Ia seni Jawi asli kerana ialah hasil tangan dan kehalusan para penulis, pelukis dan pengukir jati Melayu. Kesenian ini dimaktubkan dalam ragam hias al-Qur’an, kitab dan juga warqah.

  2. Seni cetak Jawi, yang dirupakan pada kitab bercetak Jawi. Istimewanya seni ini bersepadu dengan seni cetak kitab Timur Tengah, khususnya Mesir. Bentuk ternyata dalam rekabentuk seni ini ialah pada bunga dan kepala kitab ini.

  3. Seni digital Jawi, yang menggunapakai kecanggihan teknologi masakini untuk menggubah seni Jawi asli dan bercetak dalam penerbitan masakini.


Adapun hasil utama ketiga-tiga bagai seni Jawi ini ialah memaparkan lagak, segak dan kacak gaya bangsa. Bukan menafikannya dan merencatkannya.


Sekali pandang, nampaklah seri diri yang berbangsa. Lebih dalam memandang, dapatlah ma’na membangkit cita. Lagi tinggih menakah, merasailah perihal haqiqat semesta.


Berbekalkan faham ini kami cuba terapkan dalam seni penerbitan dan pengkaryaan kami yang kini dipersembahkan kepada masharakat untuk dirasai bersama.





83 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page