Zayn al-‘Ābidīn bin Aḥmad (Za‘bā)
علم ايتوله ڬمالا سقتي سينرڽ چره چهيا سجاتي اصل ڤونچاڽ لامون ددڤاتي سوكر برچري سهڠݢ ماتي | ‘Ilmu itulah gemala sakti Sinarnya cerah cahaya sejati Aṣal puncanya lamun didapati Sukar bercerai sehingga mati |
هرڬاڽ تيدق داڤت ترنيليكن سبواه دنيا بليڽ بوكن كواساڽ بسر سوكت دڬوناكن دلاءوت ددارت دريمبا دڤكن | Harganya tidak dapat ternilaikan Sebuah dunyā belinya bukan Kuasanya besar sukat digunakan Di laut di darat di rimba di pekan |
ماس سئورڠ اياله تاولن تمن بربيک سولوه برجالن ماس برهمڤون اي ڤڠنالن هياس ڤڽات ڤولن سي ڤولن | Masa seorang ialah taulan Teman berbeka suluh berjalan Masa berhimpun ia pengenalan Hias penyata fulān si fulān |
باڬي يڠ دوک اي ڤڠهيبور اي ڤنرڠ باڬي يڠ كابور اياله قنديل ددالم قبور لامون دڠنڽ برعمل سوبر | Bagi yang duka ia penghibur Ia penerang bagi yang kabur Ialah qindīl di dalam qubūr Lamun dengannya ber‘amal subur |
اي ڤنرڠ جالن كشرݢ اي ڤمواس تكق يڠ دهݢ اياله سوڠي اي تلاݢ لاءوت يڠ لواس اياله جوݢ | Ia penerang jalan ke shurga Ia pemuas tekak yang dahaga Ialah sungai ia telaga Laut yang luas ialah juga |
اياله الت ساڠت برڬون ايدامن اورڠ يڠ بيجقسان همڤرڽ لواس اومت سوجان تڤيڽ اجل سمڤادنڽ ڤان | Ialah ālat sangat berguna Idaman orang yang bijaksana Hamparnya luas ummat saujana Tepinya ajal sempadannya fāna |
Sumber: Zayn al-‘Ābidīn bin Aḥmad, ‘Ilmu Mengarang Melayu, dikeluarkan oleh Pejabat Karang Mengarang Jabatan Pelajaran, cetakan pertama (Singapura: Malaya Publishing House, 1951), hlm. 147.
Penyalin (Jawi) dan Perumi:Nuha Nusaibah binti Muhammad Zawave
Sha‘ir Bahasa Jawi Digital
Berita baik buat penggemar sha‘ir Melayu-Jawi!
Akademi Jawi Malaysia sedang mengorak langkah menyalin dan merumikan sha‘ir-sha‘ir Melayu-Jawi.
Adapun pendekatan projek ini ialah sedaya upaya menjaga keaslian naskhah dengan mengekalkan hejaan Jawi seperti asal pengarangan dan penerbitannya.
Istimewanya, bayt-bayt sha‘irnya juga disusun beriringan dengan perumian bagi memudahkan pembaca moden.
Gerak kerja penyalinan sha‘ir ini dilakukan oleh pasukan perumi yang telah dilatih dalam siri bengkel kemahiran Bahasa Jawi tahun 2022.
Shahdan, kami berbesar hati mengundang para pembaca budiman untuk menghayati dan berkongsi keindahan karangan sha‘ir Bahasa Jawi.
الحمد لله، موڬ بروله منفعة دان دبركاتي الله درڤد علمو اين.