top of page
Al-Amin: 40 Sifat Terpuji daripada Hadith Penghulu Sekalian Nabi

Al-Amin: 40 Sifat Terpuji daripada Hadith Penghulu Sekalian Nabi

SKU: 9789672422211

Al-Amīn fī al-‘Arba‘īn min Āḥādīth Sayyid al-Mursalīn: 40 Ṣifāt Terpuji Daripada Ḥadīth Penghulu Sekalian Nabī
Kiyai Ahmad Zuhrī Mutammim

Pengenalan oleh Dr. Mohd. Khafidz Soroni


Harga:RM35.00

Jumlah muka surat: 164 + xxvi

ISBN: 978-967-2422-21-1


Sepanjang sejarah perjalanan agama Islām, terdapat sebilangan ‘ulamā’ yang sentiasa berusaha mengumpulkan empat puluh ḥadīth nabawī—mengambil berkat daripada sebuah sabda Baginda Rasūlu’Llāh ṣallā’Llāhu ‘alayhi wa-sallam, bahawa barang siapa mengḥafaẓ empat puluh ḥadīth daripadanya, akan dibangkitkan sebagai seorang faqīh lagi ‘ālim pada hari qiyāmat (aw kamā qāl). Antara kumpulan-kumpulan aḥādīth yang terkenal adalah Ḥadīth 40 yang dikumpul oleh al-Imām al-Nawawī raḥimahu’Llāh.

 

Para ‘ulamā’ dari ‘Ālam Melayu turut menuruti tradisi ini, antaranya adalah al-Marḥūm Kiyai Aḥmad Zuhrī Mutammim Singapura. Kiyai Aḥmad Zuhrī telah mengumpulkan 40 ḥadīth berkenaan pelbagai asās-asās agama Islām; faḍīlat sembahyang, puasa, zakāt dan ḥaji; anjuran berakhlāq mulia; kewājipan amar ma‘rūf dan nahī munkar; serta sebahagian ‘amalan penting daripada ‘ilmu taṣawwuf. Matan-matan ḥadīth yang dikumpul dilampirkan bersama ma‘nānya, disertai keterangan ringkas dalam bahasa yang mudah dan lembut.

 

Kiyai Aḥmad Zuhrī Mutammim (1905-1985) ialah tokoh 'ulamā' yang mashhūr dari Singapura. Beliau merupakan Yang di-Pertua pertama bagi Persatuan Guru-guru Agama Islam Singapura (PERGAS) yang ditubuhkan pada tahun 1957 serta Guru Besar (Mudir) Madrasah al-Saqqāf al-‘Arabiyyah, Singapura. Kiyai Zuhri pernah menjadi sebahagian anggota Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Beliau menguasai ‘ilmu fiqh, naḥu, tafsīr, ḥadīth, uṣūluddīn, taṣawwūf dan balāghah. Atas jasanya yang besar kepada masharakat di Singapura, Kiyai Zuhri dianugerahi ''Ilmiawan’ MUIS pada 1979 dan ‘Jasawan’ PERGAS pada 1982.

    RM 35.00Harga
    Belum Ada UlasanKongsi pendapat anda. Jadilah yang pertama memberikan ulasan.

    Judul Berkaitan • جودُل بركاࢨتن

    bottom of page