top of page
Kitab Alam Perempuan

Kitab Alam Perempuan

SKU: 9789671698464

Kitab Alam Perempuan

al-Sayyid Shaykh bin Ahmad al-Hadi

 

Harga: RM55.00

Jumlah muka surat: 294+xxii

ISBN: 978-967-16984-6-4

 

Adapun kitab ini disusun oleh al-Sayyid Shaykh bin Ahmad al-Hadi (1867-1934), yang merupakan himpunan tulisannya dalam majallah al-Ikhwan. 

 

Al-Sayyid Shaykh selepas pulang dari pengajian di Mesir membawa bersama jiwa baharu dan aliran baharu yang dirintis oleh Sayyid Jamalu’ddin al-Afghani dan Shaykh Muhammad Abduh. Mereka terkenal memerangi bid’ah dan khurafat yang menyelimuti umat Islam serta berusaha menegakkan Islam berdasarkan tawhid yang bersih daripada amalan shirik yang menodainya.

 

Empat perkara pokok yang menjadi tunjang pembicaraan al-Sayyid Shaykh dalam Kitab Alam Perempuan ialah:
1) Keperluan qawm perempuan kepada pelajaran;
2) Haqq-haqq qawm perempuan yang dipinggirkan;
3) Pemakaian tudung dalam kalangan perempuan; dan,
4)Kedudukan qawm perempuan dalam perkahwinan. 

 

Adalah diharapkan Kitāb ‘Alam Perempuan ini memberi fa’idah, manfa’at dan ma’na buat ‘aqal rubani qawm Muslimīn masa kini dengan mengetahui dan megenali kedudukan sebenar perempuan, justeru bertindak sesuai dengan kedudukannya dalam mengecapi ke’adilan pada dirinya dan diri-diri yang lainnya.

    RM 55.00Harga
    Belum Ada UlasanKongsi pendapat anda. Jadilah yang pertama memberikan ulasan.

    Judul Berkaitan • جودُل بركاࢨتن

    bottom of page