top of page
Medan-Medan dalam ‍Sistem Persuratan Melayu  (Edisi Kedua)

Medan-Medan dalam ‍Sistem Persuratan Melayu (Edisi Kedua)

SKU: 9789672422662

Medan-Medan dalam ‍Sistem Persuratan Melayu (Edisi Kedua) - Sanggahan Terhadap Syarahan Perdana Profesor Emeritus Dr. Muhammad Hj. Salleh (Sarjana dan Sasterawan Negara)
 

Mohd. Affandi Hassan
Nur Fatiha Fadila Abu Bakar (Penyunting)


Buku ini menghuraikan secara terperinci tentang perubahan pandangan alam yang berlaku dalam sejarah kesusasteraan Melayu, iaitu daripada pandangan alam Hinduisme, kepada pandangan-alam Hindu-Buddha, dan kemudiannya pandangan alam berteraskan Islam. Turut dibicarakan dalam buku ini adalah implikasi kemasukan ideologi-ideologi Barat terhadap perkembangan kesusasteraan Melayu khususnya dalam bidang kritikan sastera. Buku ini menegaskan bahawa kemasukan ideologi Barat dalam kritikan sastera Melayu telah disambut tanpa pemahaman yang jelas. Ini menyebabkan lahirnya kritikan-kritikan sastera yang bersifat mengelirukan, serta meminggirkan pandangan-alam Islam yang melingkungi kebudayaan dan kesusasteraan Melayu. Dalam konteks inilah, buku ini menyanggah syarahan perdana Profesor Emeritus Dr. Muhammad Hj. Salleh berjudul Puitika Sastera Melayu: Satu Pertimbangan (1989).

    RM 25.00Harga
    Belum Ada UlasanKongsi pendapat anda. Jadilah yang pertama memberikan ulasan.

    Judul Berkaitan • جودُل بركاࢨتن

    bottom of page