top of page
Pendidikan Estetika Daripada Pendekatan Tauhid, Edisi Kedua

Pendidikan Estetika Daripada Pendekatan Tauhid, Edisi Kedua

SKU: 9789672422556

Buku Mohd. Affandi Hassan ini menghuraikan dengan panjang lebar tentang latar belakang, takrif, asas-asas falsafah, kaedah dan pendekatan dalam Pendidikan Estetika. Turut dibicarakan ialah Espen iaitu satu genre baharu kesusasteraan yang dikemukakan dalam arena kesusasteraan kontemporari.
 

Pendidikan estetika dalam pengertian yang dimaksudkan oleh Mohd. Affandi Hassan ini meneliti karya sastera dari segi makna kepada kehidupan manusia yang beradab. Makna ini dilihat dari dua sudut. Makna dari segi struktur, yang mencirikan keindahan sesebuah karya; dan makna dari segi perutusan (isi, falsafah, mesej, moral dan sebagainya), yang mencirikan kebenaran dari segi worldview Tauhid. Kerana adanya penekanan kepada aspek makna dari dua segi ini, maka setiap karya sastera dapat dinikmati keindahannya dari segi seninya, dan dari segi isi kandungannya. Melahirkan kedua-dua aspek makna ini lah yang dimaksudkan dengan pendidikan adab dalam pengajaran sastera.
 

Mohd. Affandi Hassan dilahirkan di Pasir Mas, Salor, Kelantan Darul Naim, dan mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya, sebelum melanjutkan pelajaran di Penang Free School, Universiti Malaya dan University of Essex. Beliau banyak menghasilkan buku dan esei kritikan, dan karya kreatif. Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kuala Lumpur. Beliau dikenali sebagai pencetus Gagasan Persuratan Baru, satu gagasan yang berusaha untuk menghidupkan semula tradisi keilmuan Islam dalam kegiatan sastera Melayu masa kini.
 

    RM 45.00Harga
    Belum Ada UlasanKongsi pendapat anda. Jadilah yang pertama memberikan ulasan.

    Judul Berkaitan • جودُل بركاࢨتن

    bottom of page