top of page
Rengkahan Jawi: Sejarah Perusahaan Kitab Abad ke-19

Rengkahan Jawi: Sejarah Perusahaan Kitab Abad ke-19

SKU: 9789672422631

Rengkahan Jawi: Sejarah Perusahaan Kitab Abad ke-19

Gerak kerja percetakan dan kaedah penghasilan buku di seluruh dunia telah melalui pelbagai perubahan khususnya selepas ‘revolusi Gutenberg’ berlaku pada pertengahan abad ke-15.  Kejayaan Johannes Gutenberg dan alat cetaknya menyebabkan berlakunya satu gelombang pemikiran besar yang bercirikan ‘epistemological revolution’ kepada orang-orang Barat. Ini menjadi satu peristiwa penting dalam perkembangan masyarakat moden dengan penghasilan banyak karya bercetak berbanding ketika zaman sebelum percetakan wujud, iaitu zaman ketika karya-karya dihasilkan secara bertulis tangan.

 

Buku ini cuba menjawab persoalan tentang bagaimana perusahaan kitab Jawi dijalankan pada abad ke-19 serta bagaimana kedatangan teknologi seperti alat cetak memberi wajah baharu kepada rantaian perbukuan di Alam Melayu pada abad ke-19. Selain itu, turut dilihat ialah kesan perusahaan kitab Jawi terhadap masharakat di Alam Melayu pada abad ke-19 dan cabaran yang dilalui dalam menggerakkan unsur-unsur dalam rantaian perusahaan kitab Jawi pada abad yang sama. 

    RM 55.00Harga
    Belum Ada UlasanKongsi pendapat anda. Jadilah yang pertama memberikan ulasan.

    Judul Berkaitan • جودُل بركاࢨتن

    bottom of page